Saturday, November 12, 2011

'Melaka Air' Berada Di Peringkat Antarabangsa...???



1) Inilah rupa bentuk laman web rasmi Melaka Air... Untuk membuat sebarang tempahan penerbangan, hanya boleh dilakukan melalui SEORANG KAKITANGAN sahaja, dengan PANGGILAN TELEFON & EMEL biasa.

2) Suatu projek yang tidak logik, bagaimana airport ini boleh diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)... Sedangkan kelengkapan & kemudahan yang ada tidak memenuhi ciri-ciri antarabangsa tersebut. 

3) Ada suatu perkara yang pelik lagi... entah bagaimana Ali Rustam boleh membenarkan penerbangan domestik hanya ke 2 buah negeri iaitu Pulau Pinang & Kelantan... Al-maklum, kedua-dua negeri ini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat... Sdgkan, Ali Rustam cukup anti-kerajaan PR... Mungkin ada maksud tersirat,  beliau teringin mengikut contoh kemajuan negeri-negeri dibawah pemerintahan PR.

4) Sebelum ini, penerbangan domestik dari Melaka, hanya ke Pulau Pinang & Kelantan... Dan juga tiket jualan hanya boleh diperolehi daripada FireFly... Selepas pelancaran Melaka Air, jualan tiket sudah tiada pada website firefly lagi.

5) Jika anda sering melayari @ menggunakan laman web syarikat penerbangan yang ada seperti FireFly, AirAsia, MAS... Sudah tentu anda akan dapat merasai akan perbezaan yang begitu ketara... dari segi pengendalian, pengurusan & kecanggihan yang ada.



No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls