Thursday, November 10, 2011

Sea Games 2011: Malaysia VS Thailand (2-1)

Video Jaringan Gol Sepanjang Perlawanan Malaysia-Thailand (2-1)
(09 Oktober 2011)

1) Selepas menampilkan rentak hambar ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A, Isnin lalu, skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara kembali menemui sentuhan 'sang juara' apabila membenam musuh tradisi, Thailand 2-1 semalam.

2) Kemenangan tersebut dianggap cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu dalam misi mereka memburu slot lebih awal ke peringkat separuh akhir.
3) Lebih manis, kejayaan itu mengulangi pencapaian skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal ketika melakar kemenangan dengan keputusan yang sama ke atas Thailand pada aksi peringkat kumpulan pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos.

4) Kim Swee tampilkan formasi 4-5-1 menentang Thailand. Ini menunjukkan Kim Swee mahu line-up yang lebih licik, laju atau mobile. Dan dia tidak takut menukar barisannya mengikut keperluan, mengikut kehendak pasukan sambil mengambil kira kekuatan lawan.

5) Kemboja harus jadi mangsa ratahan Malaysia nanti. Menang tipis pun cukup kerana tujuh mata dalam genggaman. Nampak gayanya Malaysia dan Indonesia mara ke separuh akhir dari kumpulan ini. Tapi sebelum itu, backfour tak boleh tengok bola saja, kena tengok pemain lawan. Kepakaran Baddrol dalam set-piece harus diperguna sepenuhnya.



No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls