Tuesday, November 15, 2011

60 Tahun PAS Menyelamatkan Aqidah Ummah


PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah. Kerana ini adalah dasar perjuangan PAS sejak pada tahun 1951. Dasar Islam  di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, samaada dalam suasana menang atau kalah. Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950.


Sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini  terpaksa membayar harga yang begitu mahal. Sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga ditangkap ISA. Di antara jasa PAS kepada umat ialah :
  • Memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas Iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.
  • Tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.
  • PAS telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.
  • PAS sudah tiga kali membawa undang undang Persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang  memerlukan cadangan daripada anggota  kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen selesai.
  • Ketika  isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin maka  Pas ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu. Di manakah Umno dan NGO Umno?
  • Penyokong  PAS demo membantah seminar untuk  membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor. Malangnya seorang menteri Umno mengatakan ini tindakan bodoh.
Ini semua membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim. Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah.

Ustaz Idris Ahmad
AJK Kerja PAS Pusat merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls