Wednesday, October 5, 2011

RM2.47 Juta Kos Penyelenggaraan Kenderaan Kerajaan Negeri Melaka



Negeri : Melaka (Isu-1: Dari Laporan Audit 2009)
Tajuk Isu: Pengurusan Kenderaan Jabatan


Intipati Isu: 


• Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM)dari tahun 2006 hingga 2009 telah membelanjakan sebanyak sejumlah RM 2.47 juta untuk 17 buah kenderaan baru dan JKR telah membelanjakan sebanyak RM 2.29 juta untuk 20 buah kenderaan baru.


• Laporan Audit 2009 melaporkan pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan.

• Ini kerana JKMM telah membelanjakan RM 5.12 juta untuk kos penyenggaraan kenderaan. (antara contoh kos seggaraan adalah seperti Jadual 2.5 seperti dibawah).

• Audit telah melaporkan kos penyenggaraan adalah lebih tinggi dari kos membeli kenderaan baru antara 143% hingga 281% untuk tempoh lima tahun.

• Laporan Audit juga telah melaporkan terdapat pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) yg tidak dirancang. Sistem itu ditamatkan kerana menurut JKMM, peralatan itu tidak berfungsi dan selalu rosak walaupun system ini telah dibeli. Menurut Laporan Audit, pembelian ini berlaku dengan tiada perancangan teliti terhadap keperluan sebenar system ini dan berlakunya pembaziran kerana setelah setahun system ini tidak dpt digunakan.








No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls