Intipati Isu:
• Jawatankuasa Penswataan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka telah meluluskan Projek Mendalam dan Melebarkan Kawasan Sungai Batang Tampin Pulau Sebang, Daerah Alor Gajah pada April 2008. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) bertanggungjawab menguruskannya.
• Projek ini telah diberikan kepada syarikat Rafelisia (M) Sdn. Bhd. Perjanjian telah ditandatangani pada April 2009. Kawasan yg diluluskan adalah di Sg Batang Tampin sepanjang 13.35 km dari Pengkalan ke Pulau Sebang.
• Sebagai balasan, syarikat ini dibenarkan mengambil pasir yg dikeluarkan hasil dari kerja mendalam dan melebarkan sungai.
• Syarikat ini juga dikehendaki membina tebing, landskap dan penanda aras sungai mengikut spesifikasi di dalam perjanjian. Syarikat dikehendaki menyiapkan kerja dalam tempoh dua tahun dan kos projek adalah sebanyak RM 12.75 juta adalah ditanggung oleh syarikat ini.
• Penemuan Audit mendapati projek ini tidak memuaskan kerana mengakibatkan gangguan kestabilan tebing dan rejim sungai serta menjejaskan kualiti air sungai (sungai menjadi keruh dan tercemar).
• Selepas hampir dua tahun, syarikat ini hanya menyiapkan kerja pembinaan tebing sejauh 2km shj dimana sepatutnya ianya menyiapkan sepanjang 13.35km.
• Antara kelemahan yg didapati oleh Audit ialah kelemahan aspek pengurusan perjanjian penswastaan, syarat pengeluaran pasir sungai oleh JPS tidak dipatuhi, kelemahan dalaam permatuhan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan kelemahan pemantauan oleh Jabatan bertanggungjawab.
• Sungai dilebarkan lebih dari ukuran yang dibenarkan seperti didalam Jadual 3.3. Adakah syarikat ini telah mengambil pasir lebih dari yg dibenarkan (mencuri pasir??). Pertambahan ini juga telah menyebabkan rizab tebing sungai menjadi sempit.
• Penemuan Audit juga mendapati akibat dari projek ini, kualiti sungai telah tercemar. Ujian kualiti air telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati bahawa bacaan bagi pepejal terampai adalah tinggi menyebabkan sungai menjadi keruh dan tercemar.
Nota Tambahan – Tindakan undang-undang sepatutnya boleh diambil terhadap Syarikat ini kerana gagal mematuhi peraturan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment