Monday, October 17, 2011

MITC Sedang Hadapi Masalah Besar...?




• Melaka International Trade Centre (MITC) adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan modal berbayar sejumlah RM 1.0 juta dan telah beroperasi semenjak 2003. 
• Objecktif MITC adalah untuk menyediakan tempat persidangan, konvensyen, tempat perniagaan dan pameran terbesar di Melaka. 
• Penemuan Audit mendapati MITC telah mengalami kerugian bersih selama 2 tahun berturut-turut bagi tahun kewangan 2007-2009. 


Data Kewangan MITC :-
Walaupun tahun 2009 MITC mencatatkan keuntungan, tetapi keuntungan yang dicatat masih ditahap yg begitu rendah. Antara sebab kerugian adalah seperti berikut:
- Kos pentadbiran dan operasinya yg tinggi.
- Sewaan bangunan milik PKNM sebanyak RM 1.41 juta setahun. (menurut rekod sehingga Disember 2008, MITC masih mempunyai tunggakan sewa kepada PKNM sebanyak RM 7.02 juta.
- Antara sebab sedikit keuntungan yg dicapai pada 2009 adalah kerana pelupusan berperingkat keatas tunggakan sewaan bangunan PKNM sejumlah RM 1.33 juta jumlah keseluruhan tunggakan sebanyakRM 7.02 juta.
- Laporan Audit mendapati MITC mengalami masalah kewangan dan aliran wang tunai yg serius. 





Isu-Isu Lain :-
1. Perbezaan rekod pinjaman antara MITC dan PKNM (menurut rekod MITC – RM 6.99 juta hutang , rekod PKNM pula menunjukkan sebanyak RM 9.84 juta hutang MITC – perbezaan sebanyak RM 2.85 juta)
2. Kerosakan bangunan yg tidak dibaiki disebabkan masalah kewangan
3. Sistem Kamera litar tertutup tidak disenggarakan (Nota tambahan: telah berfungsi selepas teguran Audit).
4. Pembayaran bonus pada tahun 2007 & 2008 kepada kakitangan walaupun syarikat mengalami kerugian dan kelulusan bonus hanya dilakukan oleh Lembaga Pengarah MITC tanpa mendapat persetujuan dari pihak berkuasa Kerajaan Negeri . Ini bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1983 yang menetapkan pembayaran bonus boleh dibuat sekiranya syarikat mendapat keuntungan selepas cukai dan hendaklah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
5. Pemantauan oleh Lembaga Pengarah MITC:Kekerapan mesyuarat Lembaga Pengrah MITC adalah seperti berikut:(Nota Tambahan – kekerapan diatas menunjukkan ahli lembaga kurang serius untuk mengatasi masalah kewangan dan pengurusan syarikat yang tidak berdaya maju. Tahun 2008 hanya menunjukkan hanya satu mesyuarat dilakukan walaupun syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius)


Nota Tambahan :- 
1. Adakah MITC merupakan satu projek gajah putih kerajaan yang gagal meningkatkan sumber pendapatan negeri? Yang mengalami aliran wang tunai dan hutang yang serius. 
2. MITC didapati tidak berdaya maju kerana gagal mencapai objektif penubuhannya sebagai peneraju pusat perdagangan dan persidangan bagi zon Selatan Malaysia.
3. Tadbir usus MITC yang begitu tidak professional yang tidak mematuhi Pekeliling Kerajaan, mempunyai rekod kewangan yang bercanggah dengan PKNM dan membayar bonus ketika syarikat sedang mengalami kerugian.
4. Adakah sudah sampai masanya untuk Ahli Lembaga Pengarah MITC yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Amid Nordin dan juga pengurusan tertinggi syarikat dibubarkan dan digantikan dengan individu korporat yang lebih berpengalaman dan berdaya maju?

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls