IPD Melaka Tengah: DPPK Bukit Katil, Tangga Batu & Kota Melaka selesai membuat laporan
IPD Daerah Jasin: Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin selesai membuat laporan
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bersama-sama Pemuda PAS kawasan2 telah membuat satu aduan kepada Datuk Dr Zainal Keling berikutan kenyataan yang telah beliau keluarkan mengenai sejarah negara Malaysia. Beliau selaku Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya bagi Majlis Professor Negara [MPN] tidak wajar untuk mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan menganggu ketenteraman awam.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau [Datuk Dr Zainal Keling] nyata menafikan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Bahkan melalui kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini nyata menafikan apa yang telah diajar sekian lama iaitu British merupakan penjajah yang menjajah Tanah Melayu.
DPPNM merasa terdapat agenda yang tersembunyi dan mungkin dirancang oleh pihak-pihak tertentu di sebalik kenyataan ini. Bahkan kenyataan seperti mencerminkan bahawa rakyat Malaysia seolah-olah ditipu sejak 54 tahun yang lalu apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulang tahun kemerdekaan negara dari cengkaman British.Kenyataan ini juga berbaur penghinaan kepada raja-raja Melayu kerana seolah-olah beliau menganggap raja-raja Melayu ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukkan British ke dalam Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment