Wednesday, September 21, 2011

DPPM menyokong usaha mengembalikan Palestin berdaulat

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Malaysia mengalu-alukan langkah Presiden Mahmoud yang akan meneruskan usaha untuk memastikan pengiktirafan negara Palestin berdaulat terutamanya ketika Persidangan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu tidak lama lagi. DPPM juga mempertikaikan kesungguhan Presiden Obama yang kelihatan tidak konsisten dalam janjinya dahulu ketika ucapannya di Mesir bahawa beliau akan memastikan bumi Palestin mndapat pembelaan yang sewajarnya. Namun ucapan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat semakin menikus apabila Israel mengancam untuk berkerjasama dalam menjayakan pelan kedaulatan Palestin. DPPM juga menyelar sikap kerajaan Malaysia bersama-sama seluruh negara umat Islam terutamanya perikatan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat sehingga kini tidak mampu untuk mengiktiraf dan menggerakkan inisiatif bagi negara Palestin berdaulat. Kerajaan Malaysia umpamanya sehingga kini tidak berani untuk menyuarakan isu ini diperingkat antarabangsa kerana khuatir kepada Amerika dan sekutunya. Kekhuatiran tersebut menyelebungi sehingga membunuh ribuan umat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. DPPM akan berusaha bersama-sama semua gerakan Islam antarabangsa bagi memastikan pembelaan sewajarnya untuk umat Islam Palestin. DPPM juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia mengekalkan sokongan buat umat Palestin. Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Naib Ketua Pemuda

Pengerusi Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls