Iklan-iklan mengutip zakat canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati hanya untuk dapatkan hak mereka'.
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.
Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat dengan bermacam-macam prosedur.
No comments:
Post a Comment