Monday, January 14, 2013

Kalimah ALLAH : Memahami Pendirian Kami

 
  • UMNO mahu jadi juara kalimah Allah, tapi tercorot dalam menjunjung kalam Allah! Pertahan kalimah Allah, tapi tolak amanah Allah. Hipokrit tak sudah.
  • Kita tidak setuju, demi elak salah guna, sebaran bercetak, termasuk Bible terjemahan guna kalimah Allah. Tapi tiada halangan selagi diguna sesama mereka.
  • Tiada percanggahan maksud antara kenyataan Presiden dan Dewan Ulama. Frasa "jangan salah guna" yang disebut oleh Yb Datuk Seri Presiden itulah yang melarang kalimah Allah dalam terjemahan Bible.

  • Asas Yang Perlu Anda Fahami :
    1. Hukum asal wajib bagi muslim guna kalimah Allah. Terjemahan kepada bahasa setempat selain itu adalah haram. Allah adalah nama khas tuhan yang esa.
    2. Hukum asal, harus bagi non-Muslim guna kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka walaupun dengan mensyirikkan-Nya. Tiada sebarang nas yang melarang.
    3. Dengan bersandar fiqh waqie, uruf, fiqh maqasid dan lain-lain kaedah hukum agama, sesuatu yang harus boleh berubah kepada tidak harus dan sebaliknya.
    4. Justeru bersandar kaedah hukum, adalah benar penggunaan kalimah Allah dalam cetakan awam, Bible terjemahan adalah dilarang. Ia menimbulkan kekeliruan awam.
    5. Pandangan mufti yang menghukum 'kafir' ke atas yang membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh non-Muslim adalah melampau. Tiada kekufuran dalam menolak ijtihad.
    6. Jangan panik jika berlaku perselisihan pendapat antara ulama. Ia isu ijtihadiyah setempat. Fiqh muazanat adalah imbang antara nas, maqasid dan waqie.
    7. Saya pilih setuju ke atas larangan non muslim guna kalimah Allah pada cetakan awam. Ia selaras maksud Dewan Ulama dan Yb. Datuk Seri Presiden PAS.
    Written by Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia)
     
     

    No comments:

    Post a Comment

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls