Friday, July 13, 2012

Pemuda PAS Ke Arah Memenangi PRU-13

Muwaajahah Silmiyyah (pendekatan secara aman) yang dipilih oleh PAS melalui ijtihad para alim ulama'-nya telah meletakkan PAS satu-satunya Gerakan Islam yang mendaftarkan partinya sebagai sebuah parti politik untuk menyertai saingan pilihanraya ke arah menguasai, mentadbir dan memerintah negara secara demokratik. Kaedah asas yang masyhur digunakan oleh PAS untuk menyertai piliharaya adalah :

"Sesuatu perkara yang tidak sempurna sebuah kewajiban melainkan dengannya maka perkara itu juga hukumnya wajib."

Berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam adalah menjadi kewajipan setiap individu umat Islam. Sebagaimana firman Allah Taala :


"Dan berjuanglah menentang mereka (musuh Allah) sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) jadilah cara dan gaya hidup itu milik Allah Taala. Kemudian jika mereka menghentikan permusuhan, maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim." - Surah al Baqarah:193

Menyertai pilihanraya dan bekerja untuk memenanginya adalah sebuah perjuangan suci untuk memastikan Islam dan segala hukum syariatnya dapat ditegak dan didaulatkan di atas tanahair kita. Justeru itu pilihanraya adalah sebahagian dari ibadah yang membuka peluang setiap petugasnya meraih pahala daripada Allah Taala asal sahaja ia ikhlas dalam setiap gerak tindaknya.

Hadis Abi Asya'ri R.H bahawa seorang lelaki badawi mendatangi Nabi S.A.W lantas bertanya (bermaksud), "Wahai Rasulullah S.A.W, seseorang berjuang supaya memperolehi harta ghanimah, ada yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar (ikhlas) berjuang di jalan Allah (fi sabilillah). Maka Nabi S.A.W menjawab, "Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah Taala maka dialah pejuang di Jalan Allah." - Muttafaq A'laih






No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls