Semalam
telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah
mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka
diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau
bagi setiap parti.
Program
yang berlangsung di Dewan Rakyat DAP ini bertujuan bagi mengumpul dan
mengerakkan jentera pemuda ketiga-tiga parti bagi menghadapi pilihanraya umum
yang akan datang selain bertujuan membangkitkan semangat para petugas pemuda
pakatan rakyat Melaka untuk terus komited dengan gerak
kerja.
Antara
pimpinan pemuda pakatan rakyat pusat yang hadir adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS
Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar dan Ketua
DAPSY Pusat, YB Anthony Loke selain beberapa pimpinan pemuda pakatan rakyat
negeri Melaka.
Dalam
ucapan Ketua AMK Pusat, Saudara Shamsul Iskandar , beliau memberitahu bahawa
gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program yang di laksanaka
Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah tertekan.
Dan di
khabarkan pada masa terdekat UMNO Bukit Katil akan melancarkan Kelab Penyokong
BN Bukit Katil walaupun Parlimen Bukit Katil telah di menangi BN dan Ketua
Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam menang di dalam DUN di Parlimen ini. Ini
petanda BN semakin terdesak untuk meraih penyokong.
Oleh:
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
No comments:
Post a Comment