Tarikh : 13 APRIL 2012, JUMAAT
Masa : 2.00 petang
Tempat : Hadapan Masjid Al-Azim, Melaka
Satu bantahan aman terhadap kilang nadir bumi Lynas akan diadakan Jumaat ini bagi menyuarakan bantahan dan kebimbangan masyarakat Melaka mengenai operasi kilang berkenaan di Kuantan, Pahang.
Selain Melaka, Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) serta Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan turut diadakan di seluruh negara bagi tujuan sama.
Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, program akan bermula jam 2 petang berhadapan Masjid Al-Azim di Bukit Palah dan dihadiri barisan kepimpinan PR negeri termasuk Ketua Pembangkang, Goh Leong San serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Walaupun rakyat Melaka tidak terlibat secara langsung dalam kesan kilang berkenaan, namun secara umumnya, projek berkenaan boleh memberi kesan kepada alam sekitar,” katanya.

No comments:
Post a Comment