
Kualiti hidup rakyat semakin meningkat
sejak Pakatan Rakyat kuat
Selama ini, pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.
Di samping itu, berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.
Antara faedah yang rakyat perolehi :-
1) Memansuhkan tol
- di Batu 9 menghala Kuala Lumpur.
- di Batu 11 menghala ke Kajang.
- Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.
2) GST, saman ekor, cukai 6% pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.
3) Kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.
4) Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion.
5) RM100 kepada setiap pelajar sekolah.
6) RM200 untuk pelajar universiti.
Semuanya gara-gara tidak tahan dengan
asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment