Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah (gambar) menyelar tindakan pihak kerajaan negeri Melaka di bawah Barisan Nasional yang cuba menjadikan ubat sebagai bahan catuan sedangkan Melaka dianggap Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Pada tahun 2011, Hospital Melaka menerima peruntukan 41.6 juta dan pada tahun ini peruntukan sebanyak 35.3 juta, kurang 10.3 juta. Ia suatu perkara yang perlu di jelaskan mengapakan peruntukan ini di kurangkan dalam masa yang sama statistik kasar menunjukkan jumlah kedatangan pesakit luar semakin bertambah berbanding tahun lepas.
Malah terdapat stok ubat telah dipinjam dari hospital dan klinik-klinik kesihatan bagi menampung keperluan yang tinggi di Hospital Melaka.
Jawapan yang di beri kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekurangan peruntukan kesihatan ini adalah dengan mencatu ubat-ubatan dan catuan ini terpaksa dibuat agar ubat dapat dibekalkan kepada semua pesakit dengan kuantiti yang minima. Namun ini akan menyebabkan pesakit sentiasa berulang alik ke farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat yang baru.
Ini suatu tindakan yang mememalukan dalam negeri Melaka yang di katakan sebuah negeri maju sedangkan keperluan rakyat seperti keperluan Kesihatan adalah perkara asas yang perlu di beri perhatian utama.
Seharusnya peruntukan kesihatan sebegini tidak wajar dikurangkan bahkan sepatutnya di tambah kerana ianya suatu keperluan dan tanggungjawab sosial pemerintah kepada rakyat.Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak agar kerajaan negeri tidak mencatu ubat-ubatan di samping menambah peruntukan kesihatan bagi kesejahteraan rakyat Melaka pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment