Thursday, February 2, 2012

Kaji Semula Operasi Muzium Pengangkutan Melaka



Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah mencadangkan kerajaan negeri supaya mengkaji semula sama ada ingin meneruskan operasi Muzium Pengangkutan Melaka atau menutupnya bagi mengelakkan duit rakyat terus dibazirkan.

Yuhaizad berkata, sehingga sekarang muzium tersebut gagal menarik pelancong untuk melawatnya disebabkan tidak ada sesuatu yang menarik minat mereka untuk berbuat demikian.

"Apa yang hendak mereka tengok kalau tak ada yang menarik dan unik di muzium tersebut, lagipun kereta-kereta yang dipamerkan di muzium itu biasa-biasa sahaja," ujar beliau.

Menurutnya, kos penubuhan muzium itu adalah RM198,900 manakala kos operasinya melibatkan ribuan ringgit sebulan.

"Sebagai contoh emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah RM3,840.59 iaitu RM986.53 bagi bulan April, Mei (RM986.53) dan Jun (RM1,444.03).

“Perbelanjaan bagi utiliti pula dari April - Jun 2010 adalah berjumlah RM784.23 manakala kos kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67," ujar Yuhaizad.

Yuhaizad yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin juga  berkata jumlah pelawat yang datang ke muzium tersebut amat sedikit hingga sekarang dan ianya tidak dapat menampung kos operasi muzium tersebut.

"Maka sudah tentu lenbih banyak duit rakyat akan dibazirkan jika muzium ini terus beroperasi dan kita tidak nampak ianya dapat dipopularkan dalam masa terdekat.


"Ternyata ini satu lagi bukti kelemahan kerajaan negeri kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum memulakan sesuatu projek dan program sehingga akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja," ujar beliau.



Menurutnya, akibat kegagalan kerajaan negeri membuat kajian dan analisis yang terperinci dan tepat terhadap sesuatu projek maka hutang kerajaan negeri melonjak tinggi kerana banyak projek tidak memberikan manfaat dan keuntungan kepada kerajaan negeri dan rakyat.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls