Friday, January 13, 2012

Melaka Maju 2010: Isu Pelupusan Sampah di Krubong, Melaka Masih Belum Selesai


[Sumber: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009]

1) Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diswastakan kepada Southern Waste Management Sdn. Bhd. (SWM) pada akhir bulan Disember 1998 dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan pembangunan yang pesat.


2) Kawasan seluas 25.56 hektar di Mukim Krubong telah diperuntukkan bagi kerja pelupusan sampah di kawasan pentadbiran MBMB. Kontrak pelupusan sisa pepejal MBMB dengan SWM melibatkan kos sejumlah RM68.61 juta bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2009.


3) Pada keseluruhannya pengurusan sisa pepejal bagi MBMB boleh dipertingkatkan tetapi pengurusan tapak sisa pepejal adalah tidak memuaskan.


4) Ketiadaan prosedur dan pemantauan oleh MBMB terhadap tapak pelupusan telah menyebabkan tapak ini tidak disediakan benteng dan longkang bagi menghalang air larutan resap dari keluar ke sungai berhampiran dan tiada proses rawatan air larutan resap dilakukan.


5) Washing bay yang disediakan tidak digunakan dengan sebaiknya serta pengambusan tanah yang tidak secara menyeluruh telah menyebabkan pencemaran bau.





No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls