Wednesday, January 18, 2012

Kerajaan Melaka Memerah Duit Pelancong


Pemansuhan caj warisan 5% oleh kerajaan Melaka 

di gantikan pula dengan caj 

bayaran RM2 satu bilik untuk satu malam. 

Katanya caj tersebut mampu mengutip 

RM4juta setahun. 

Kesian, Ali Rustam mengemis di saat hutang negeri 

mencecah RM 850juta, 

memerah duit rakyat setelah 

membeli 1.76juta Kincir Angin berkebolehan 

'tidak berpusing', 

RM8 juta Eye on Malaysia yang lesap 

tinggal tapak kerana hutang, 

RM15juta monorel yang mampu bergerak 

sambil 'berhenti-henti' akibat kerosakan, 

RM12.6 juta Kapal Selam  

yang mampu terapung di atas tanah...

dan lain-lain..


1 comment:

  1. Apa Dah Jadi Melaka Nie!

    Projek untuk pelancong diutamakan sebab kat situ ada saham besar buat kroni dengan pembaziran wang rakyat dengan kos yang tak munasabah.

    Projek kebajikan untuk rakyat Melaka sendiri terabai. Jangan fikir rakyat Melaka boleh dilekakan dengan joget satu malaysia dengan geng-geng main mercun supaya tak tahu masalah dalam negeri seperti topik-topik yang di atas tu.

    Jangan ingat rakyat Melaka mudah lupa isu wang zakat Melaka 2009. Jangan berselindung disebalik fatwa lebihan zakat dari 8 asnaf zakat & lebihan zakat buat pelaboran warta 2009, kerana laporan ketua audit negara pada tahun yang sama 2009 yang mana bangunan MAIM dan tanah wakaf terjual dan wang zakat digunakan beli bangunan MAIM untuk menutup kelemahan dan penyelewengan pentadbiran.

    Kes aneh wang zakat Melaka susut nilai 2008 -2009 tetapi ada lebihan zakat beli bangunan MAIM dan fatwa zakat diwartakan 2009 untuk menghalalkan urusan pelaboran wang zakat yang tak jelas sumber dan nas yang diguna pakai, hanya mufti saja dapat terjemahkan secara terperinci.

    Kalau kewajiban kutipan zakat boleh diwawarkan dan promosi, kenapa tidak kakitangan MAIM turun padang tenguk masalah setempat rakyat Melaka. Janganlah tunggu orang yang layak menerima zakat datang mengambil borang, isi borang dan berbagai proses lagi di bangunan yang indah itu. Bukan semua rakyat Melaka faham, ada kemudahan dan cukup maklumat berkaitan perkara ini.

    Buka kaunter di setiap daerah dan kawasan Melaka, buat ceramah dan penerangan untuk membantu gulungan yang layak menerima zakat ini. Jangan lah tunggu laporan penghulu dan JKK saja kerana ada perkara yang terlepas pandang berkaitan masyarakat ini. Jadi tak hairanlah ...... masalah rakyat tidak dapat ditangani sepenuhnya tapi ada agenda tersurat dan tersirat pada lebihan wang zakat tersebut untuk program lain.

    Wasallam.

    ReplyDelete

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls