1) Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama.
2) Perincian mengenai projek Roller Coaster Melaka :-
- bertempat di taman hiburan Sungai Melaka (lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung)
- bernilai RM10,000,000
- tidak pernah berfungsi sejak 2009 (sejak dirasmikan hanya bertindak sebagai hiasan)
- mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer.
3) Kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dan alasan yg diberikan,
"... ia berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP) dan difahamkan roller coaster itu juga tidak menepati ciri keselamatan...."
4) Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah itu dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka.
5) Projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini diumum sebagai negeri Maju.
6) Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan roller coaster dan monorel ini. Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
7) Faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller coaster yang tidak berfungsi bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment