Thursday, December 1, 2011

Akibat Tidak Dibayar Gaji, Masjid Menjadi Mangsa


1) Gara-gara tidak dibayar gaji, Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan oleh pekerja kontraktor yang melakukan kerja-kerja membaik pulih dan naik taraf masjid berkenaan.

2) Selain disimbah cat, beberapa bahagian dinding berkenaan turut ditulis ayat jelaskan gaji kamimenggunakan cat merah.

3) Bekas Pengerusi masjid berkenaan, Mohd. Zan Mohd. Amin, 68, berkata, dia mengetahui perbuatan biadab itu setelah dihubungi penyelia projek berkenaan.
 "Sebelum ini, subkontraktor projek ini pernah memberitahu saya bahawa dia mengalami masalah kewangan sehingga sukar membayar gaji pekerja ekoran masih belum menerima bayaran daripada kerajaan negeriMungkin disebabkan tak dapat gaji, ada pekerja yang tak puas hati dan melakukan perbuatan sebegini," dakwanya ketika ditemui pemberita.
4) Apakah benar kerajaan negeri meluluskan suatu projek tanpa membuat sebarang pembayaran...? Jika ianya benar, bermakna projek-projek kerajaan Melaka dijalankan dengan kaedah BERHUTANG

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls