Monday, November 28, 2011

Monorail Melaka Tidak Beroperasi Ketika Hujan


1) Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.

2) Ianya berlaku pada 27 Nov, semalam, 3.45 petang, pada ketika hujan lebat membasahi bumi Bandar Melaka... Monorel hanya mampu bergerak sejauh 300 meter dari stesen, sebelum berpatah-balik... Dan juga sedang membawa 18 orang pelancong dari luar negara...

3) Tidak sampai 1bulan monorail memulakan operasi semula, kali ini terpaksa dihentikan lagi. Atas sebab utama operasi dihentikan... masih dalam isu yang sama... iaitu isu keselamatan monorel tersebut... ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan. Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik.

4) Pada 04 Nov yang lalu, 2 pelancong Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba. Pihak SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna dan perkhidmatan monorel digantung selama 30 hari.

5) Untuk pengetahuan umum, Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010.



1 comment:

  1. perbuatan bn dan ali ghosttan amat memalukan negeri Hang Tuah, saya sebagai warga Melaka dan pembayar cukai , saya berasa amat kesal dan sedih.
    pecat bn dengan undi kita...

    ReplyDelete

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls