Dewan Pemuda PAS Melaka menyelar sikap Perkasa Melaka yang cuba mencetuskan provokasi dengan mengugut beberapa ahli PAS untuk melakukan kekecohan pada malam sambutan 60 tahun PAS Peringkat negeri Melaka malam ini.
Hari ini PAS Melaka akan mengadakan sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Melaka yang di adakan di Bukit Baru, iaitu kawasan ‘panas’ yang merupakan dun yang di tandingi ketua menteri Melaka.
Malam ini merupakan kemuncak sambutan program iaitu majlis makan malam dan ceramah isu semasa yang di sampaikan oleh bebetapa pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Tn Haji Mohammad Sabu, YB Nizar Jamaludin, Sdr.Shamsul Iskandar dan beberapa pimpinan negeri.
Selain menerima ugutan, beberapa baner dan poster bermotifkan provokasi juga di lihat di gantung dan di tampal di sekitar tempat program. Baner dan poster provokatif itu di tulis dan di lukisan dengan beberapa perkataan yang mengecam Hj.Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pusat lain.
Ada baner yang di tulis dengan perkataan “DAP Peralat Mat Sabu Hapus Kuasa Politik Melayu” , “Komunis Peralat Mat Indera” dan beberapa poster dengan lukisan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya fitnah ‘skandal cinta KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng”.
Provokasi ini telah menjadi sebahagian corak politik Perkasa dan UMNO yang telah kehabisan modal untuk berhujah. Setelah gagal berhujah fakta, mereka menggunakan pula hujah ugut mengugut dan gangster bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.
Ceramah isu semasa malam ini juga bakal di ‘sertai’ ceramah UMNO dan Perkasa yang tidak sampai 100 meter dari kawasan ceramah PAS dengan mengundang Timbalan Presiden Perkasa yang baru, Zulkifli Nordin dan Ishak Ismail selaku Ketua UMNO Seremban.
Hasil tinjauan semalam, beberapa bendera Perkasa juga telah di pasang di sepanjang jalan ke tempat program.
Ini suasana biasa yang berlaku di Melaka khusus di Bukit Baru di mana ceramah akan berlaku serentak antara Pakatan Rakyat dan UMNO. Ia secara tidak langsung memberi kredit kepada pakatan rakyat di mana rakyat akan mudah membuat penilaian antara kedua-dua ceramah.
Dewan Pemuda PAS Melaka berharap agar pihak keselamatan dapat mengambil berat tentang isu ini dan bertindak sebaik mungkin agar insiden pergaduhan yang berlaku sebelum ini tidak berulang.
No comments:
Post a Comment