Friday, October 14, 2011

Jangan Sembunyi Isu MyKad...!!!


Pemuda PAS mengingatkan kerajaan supaya tidak cuba menyembunyikan masalah yang berlaku dalam isu pemberian Mykad.
Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, Pemuda PAS sentiasa memantau perkara berkenaan dan tidak pernah terleka dengan mainan politik pihak kerajaan yang dilihat cuba menutup masalah yang berlaku.
“Isu pemberian Mykad khususnya kepada warga asing masih belum selesai, dan kami berjaya mengesan beberapa kes baru.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jangan cuba lepas tangan, dan perlu menjelaskan hal yang sebenar. Ini bukan isu baru dan kita lihat, walaupun kerajaan cuba menutup dengan pelbagai helah, tetapi unit pemantau Pemuda PAS sentiasa menjadi pemerhati dalam memastikan rakyat negara ini tidak tertipu,” katanya.


Menurutnya, isu pemberian Mykad kepada warga asing adalah isu serius yang membabitkan keselamatan negara.
Terdahulu, Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada JPN mendesak penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan yang membabitkan dua perkara utama iaitu kod negara (xxxxxx-71-xxxx) dan kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PAS turut mempertikai JPN menggunakan kod negara ‘71’ sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan JPN sendiri.
PAS mendakwa, sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls