Sila klik gambar diatas untuk video yang memperjelaskan ucapan dibawah ini.
Saudara,
Apabila kita bercita-cita untuk menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini,
Umno & Barisan Nasional bukan cabaran yang besar bagi kita,
Bahkan musuh-musuh yang datang daripada luar,
Dengan segala perancangan mereka untuk menggagalkan hasrat kita,
Mendaulatkan syariat Allah,
Bukan menjadi cabaran besar kepada kita,
Cabaran yang paling besar ialah datang daripada KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI...
Tegakkan negara Islam itu dalam jiwa kamu... dalam diri kamu,
Nescaya ia akan tegak di atas tanahair kamu,
Ertinya kemenangan yang kita idamkan ini,
Kemenangan yang kita cita-citakan itu,
Mesti datang daripada kekuatan kita sendiri,
Bukan mengharapkan kelemahan daripada musuh-musuh kita...
- sedikit ucapan Ustaz Nasruddin Tantawi (minit ke-6 & ke-8) -
Mari kita bersama-sama memantapkan akidah yang kita ada,
Kerana keyakinan kepada Allah,
Menyebabkan lahirnya pengorbanan untuk Islam,
Bertambah kuat keyakinan kita kepada Allah,
Akan kuat keyakinan kita untuk berkorban dalam memenangkan Islam,
PEMUDA...
Mestilah memahami bahawa masa depan mereka masih panjang,
Semangat mereka yang masih kuat,
Cita-cita mereka yang berkobar-kobar,
Mesti diterjemahkan dengan ilmu yang mantap,
Bukan semangat yang tanpa bimbingan ilmu,
Bukan semangat yang melulu,
- sedikit ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man (minit ke ke-7) -
No comments:
Post a Comment