Tuesday, September 27, 2011

Kerajaan Melaka adalah hak milik penuh siapa...? Rakyat @ Umno...???

Datuk Ali perlu bertanggungjawab
atas apa yang dilakukan oleh anak buahnya.
BESAU seorang yang terpelajar
BESAU tak mahu rakyat Negeri Melaka ni terus diperbodoh dengan tindakan UMNO Melaka.
BESAU sayang Melaka.
Satu lagi ke'dungu'an UMNO Melaka yang BESAU dapat kesan terserlah melalui laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka [Klik].
Bandingkan laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka, Perlis danKelantan. Kenapa BESAU bising2? Inilah faktor yang membuatkan BESAU bising2. UMNO Melaka dilihat terus memperbodohkan diri sendiri: 1. Laman web rasmi Adun Kerajaan Negeri Melaka tidak memperkenalkan barisan Adun dari Parti Pembangkang. Adakah Melaka sifar Pembangkang? Lihat gambar di bawah.
Padahal lima orang wakil DAP menang kerusi DUN dalam PRU 2008. Malah telah berkhidmat untuk Dun sehingga sekarang (2011).
2. Kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Ali Rustam bertindak menggunakan hak Kerajaan negeri Melaka untuk kegunaan UMNO!! Laman web rasmi kerajaan Negeri Melaka dibuatnya seperti laman web UMNO. Lihat bawah..
Yang peliknya, tiada pulak link MCA dan MIC kat laman ni. Datuk Ali Rustam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buahnya. BESAU bawakkan contoh laman web rasmi Adun dari beberapa negeri. Bandingkan dengan laman web rasmi Adun Negeri Melaka.
Portal rasmi Adun Kerajaan Perlis.
ADUN PAS dipamerkan dan diperkenalkan.
Malah tiada salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal.
Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis.
Portal rasmi Adun Kerajaan Negeri Kelantan.
Adun UMNO dipamerkan dan diperkenalkan.
Tiada tanda salah guna kuasa (pautan PAS) di laman web berkenaan.
Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.
BESAU dah meneliti portal-portal rasmi kerajaan negeri yang lain.
Tiada isu salah guna kuasa dengan meletakkan pautan UMNO dalam laman rasmi kerajaan negeri.
Tahniah BESAU ucapkan.
Cuma UMNO Melaka dilihat begitu terkehadapan dalam memperBODOHkan diri sendiri. Kemudian cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menyampaikan maklumat yang salah.
Tak tahu lah, mungkin UMNO dah terbiasa 'merompak' wang rakyat, menyeleweng wang zakat dan seumpama dengannya, menyebabkan kepimpinan UMNO Melaka tidak rasa bersalah menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.
BESAU memberi peluang kepada unit yang berkenaan, sila perbetulkan fakta dan jangan terus-menerus memperBODOHkan rakyat.
BESAU yakin, rakyat Melaka sekarang semakin celik dan bijak untuk menilai..
Dipetik daripada blog http://kopokamu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls