Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: 183)
Tatkala menyampaikan sumbangan kepada 490 orang golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim dalam Dun Chempaka, terasa bimbang dengan fenomena memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan. Ia kerana ada mereka yang memohon simpati datang ke rumah-rumah dengan secara beramai-ramai atau berpuak-puak.
Bila mereka ke rumah, sumbangan dari duit poket digunakan. Apa pun mereka yang benar-benar miskin, orang tua dan cacat akan diberi keutamaan dari segi sumbangan.
Apa yang penting, bulan Ramadan dijadikan ruang bagi umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibadat termasuk melalui cara memberi sumbangan kepada orang miskin. Ia boleh dilakukan tanpa memilih fahaman politik dan bangsa atas setiap sumbangan yang diberikan.
Penerima pula seharusnya dapat mendoakan kepada pemberi. Dengan cara itu akan menambahkan keberkatan dan murah rezeki. Sama-sama jadikan bulan Ramadhan bukan sahaja dengan berpuasa, sebaliknya bulan berkebajikan serta peluang meraih pahala dengan membantu orang susah dan miskin.
Semoga Ramadhan menambahakan lagi taqwa dalam diri kita.
Dipetik daripada laman web Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am PAS)
(http://www.blogtokguru.com/ramadan-bulan-berkebajikan/)
No comments:
Post a Comment